Monday, 7 November 2011

“Tips mengawal pemakanan ketika belajar”....

1) Gunakan peralatan bersaiz normal atau kecil ketika makan seperti pinggan atau mangkuk yang kecil. Ini juga merupakan satu daya psikologi kepada anda!

2) Elakkan makanan berbentuk bufet kerana kepelbagaian hidangan akan menyebabkan kita rambang mata dan mengambil jumlah makanan yang lebih.

3) Pilih makanan dari set-menu atau pilihlah hidangan bersaiz kecil.

4) Elakkan menambah makanan (second helpings) walaupun hidangan itu lazat.

5) Ambil masa menikmati hidangan dengan memakannya secara perlahan serta mengunyah dengan baik.

6) Elak memasak dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan. Jadi buat pertimbangan berapa ramai orang yang ingin makan.

7) Cuba elakkan dari makan pada waktu lewat malam. Perut memerlukan hampir 3 Jam untuk memproses makanan.

8) Sambil-sambil belajar digalakkan memakan buah-buahan seperti kismis, buah tin, kurma dan madu.

9) Banyakkan pengambilan minum air masak berbanding air manis. Otak lebih mudah menerima ilmu.

10) Makan mengikut waktu. Sebaiknya hanya makan nasi sekali sehari.

No comments:

Post a Comment