Thursday, 27 October 2011

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

A.Persediaan sebelum peperiksaan
  1. Belajar dengan bersungguh-sungguh dan membuat ulangkaji semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan dengan konsisten.Anggaplah peperiksaan ini merupakan peperiksaan terakhir dalam hidup anda.Anggaplah jika anda gagal dalam peperiksaan ini anda akan gagal dan kecewa sepanjang hayat anda.
  2. Tanamkan azam dan semnagat untuk berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda atelah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun.Letakkan [gambar] di dinding dengan tulisan seperti 'Aku Boleh Berjaya' atau 'I Can Do It'.
  3. Kurangkan meminu minuman teh dan kopi.Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau 'Pep Pills' yang senang di salahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
  4. Hadkan aktiviti anda hanya kepada perkara-perkara yang penting sahaja.Menonton Tv hanya untuk melepaskan tekanan sahaja.Jangan menonton drama bersiri kerana and akan terikat untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut sehingga akhir,sedangkan masa anda adalah untuk mengulangkaji pelajaran.
  5. Pastikan anda mengetahui maklumat mengenai peperiksaan yang akan anda hadapi seperti:
         a.Maklumat umum peperiksaan.
         b.Maklumat kertas pepriksaan.

B.Persediaan Pada Malam Sebelum Peperiksaan
  1.  Ulangkaji pelajaran yang akan anda hadapi esok.
  2. Tidur awal agar anda dapat bagun awal dan mendapat rehat yang secukupnya.
  3. Semak jadual waktu peperiksaan pastikan kertas apa yang  akan anda hadapi esok.
  4. Solat sunat hajat dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan sebelum tidur.
  5. Membaca doa sebelum tidur,
  6. Sembahyang fardu subuh/sunat selepas bangun.
  7. Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan,anggarkan masa yang diperlukan,supaya anda tidak lewat.
C.Tindakan Pada Pagi Hari Peperiksaan
  1. Bangun awal pagi supaya sempat menunaikan solat Subuh dan berdoa.
  2. Ambillah sarapan pagi yang sederhana.
  3. Jangan ada rasa gelisah,gugup dan tenteramkan jiwa anda.
  4. Tiba awal sebelum peperiksaan dimulakan.
  5. Jangan terlalu terpikat dengan soalan-soalan ramalan.
D.Tindakan Pada Hari Peperiksaan.
  1. Baca dengan teliti format dan arahan pada kertas soalan peperiksaan.
  2. Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab.
  3. Tulis dengan jelas dan tepat
  4. Masa menulis perlulah digunakan dengan sepenuhnya.
  5. Peruntukkan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal

1 comment:

  1. Insyaallah..berkat usaha yang ikhlas pasti akan berjaya..amin...

    ReplyDelete